Pages

Sunday, January 30, 2011

NUTRIEN - Garam Mineral

Garam mineral merupakan bahan utama dalam struktur rangka tubuh. Garam mineral penting untuk mengawal proses dalam tubuh. Manusia memerlukan bekalan garam mineral daripada sumber haiwan dan tumbuhan.
Garam mineral yang diperlukan banyak oleh tubuh ialah:
  • Kalsium (Ca)
  • Fosforus (P)
  • Kalium (K)
  • Sulfur (S)
  • Klorin (Cl)
  • Natrium (Na)
  • Magnesium (Mg)
Garam mineral yang diperlukan sedikit ioleh tubuh ialah:
  • Iodin (I)
  • Ferum (Fe)
  • Mangan (Mn)
  • Fluorin (F)
  • Kobalt (Co)
  • Nikel (Ni)
  • Zink (Zn)
  • Kromium (Cr)

1. Kalsium
 99% kalsium terdapat pada tulang dan 1% pada tisu lembut. Kalsium dapat diserap dengan mudah dengan adanya kalsiferol.

Fungsi kalsium
 1)      Membentuk kalsium fosfat
2)      Membantu proses pembekuan darah
3)      Membantu fungsi otot dan saraf dengan betul
4)      Mengaktifkan enzim untuk metabolisme tubuh

Keperluan harian kalsium
Orang dewasa memerlukan kalsium untuk mengawal fungsi tubuh, dan kanak-kanak memerlukannya untuk pertumbuhan. Pengambilan kalsium yang banyak semasa hamil dan semasa menyusukan penting supaya kalsium pada ibu tidak digunakan untuk pertumbuhan fetus.

Kekurangan kalsium
Kekurangan kalsium menyebabkan:
1)      Pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak terganggu dan kekurangan yang serius menyebabakan riket
 
2)      Tulang lemah dan menyebabkan penyakit osteomalacia pada orang dewasa dan orang tua
3)      Gigi tidak kukuh
4)      Otot dan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik



Berlebihan kalsium
Kalsium akan mendak pada organ tertentu seperti ginjal yang boeh menyebabkan penyakit batu karang

2. Fosforus
78% fosforus terdapat pada tulang dan gigi dan 22% di dalam ceacair tubuh dan tisu lembut

Fungsi fosforus
1)      Membiana tulang dan gigi bersama kalsium
2)      Membantu tubuh mendapatkan tenaga
3)      Membantu pengawalan cecair tubuh

Keperluan harian fosforus
Ibu hamil dan menyusukan memerlukan fosforus yang banyak untuk keperluan harian

Kekurangan fosforus
Menyebabkan tulang dan gigi tidak kuat dan rapuh. Otot juga menjadi lemah.  

3. Natrium
 Natrium didapati dalam bentuk sebatian iaitu natrium klorida atau garam biasa yang digunakan dalam masakan. Cecair tubuh mengandungi 0.9 % natrium.

Fungsi natrium
1)      Menentukan kepekatan cecair dalam tubuh
2)      Menyeimbangkan asid dan alkali untuk proses pencernaan
3)      Membina plasma darah dan cecair limfa

Keperluan harian natrium
Keperluan natrium bergantung kepada jenis aktiviti tubuh. Semasa berpeluh, natrium dikumuhkan. Orang dewasa memerlukan 4 gram natrium sehari. Sekiranya berlebihan, natrium akan dibuang melalui proses perkumuhan.

Kekurangan natrium
Kekurangan natrium menyebabkan:
1)      Otot menjadi kejang
2)      Tubuh menjadi lesu dan kurang selesa  

4. Kalium
Sel otot, rangka, dan sel darah merah mengandungi kalium yang berfungdi bersama natrium.

Fungsi kalium
1)      Menetapkan tekanan osmosis pada sel tisu
2)      Menyeimbangkan asid dan alkali untuk proses pencernaan
3)      Sebagai bahan utama cecair tubuh untuk proses pengecutan otot

Keperluan harian kalium
Keperluan orang dewasa ialah 2.5 gram kalium sehari

Kekurangan kalium
Kekurangan kalium menyebabkan:
1)      Sel tidak berfungsi dengan betul
2)      Tubuh menjadi lemah dan lesu  

5. Magnesium
Magnesium terdapat pada tulang dan tisu. Keperluan orang dewasa ialah antara 300 – 350 miligram sehari.

Fungsi magnesium
1)      Mengawal keregangan otot
2)      Membantu kestabilan saraf
3)      Membantu metabolisme tubuh

Kekurangan magnesium
Kekurangan magnesium menyebabkan:
1)      Pengawalan pergerakan otot terganggu
2)      Radang saraf  


6. Iodin
Iodin diperlukan sebanyak 0.05 – 0.30 miligram dalam diet individu dewasa. Jumlah iodin dalam tubuh ialah 20 miligram – 50 miligram dan 1/3 daripadanya terdapat dalam kelenjar tiroid

Fungsi iodin
1)      Pertumbuhan kanak-kanak dan remaja
2)      Kesihatan orang dewasa
3)      Metabolisme tubuh

Keperluan harian iodin
Individu dewasa memerlukan 0.05 – 0.30 miligram iodin sehari. Kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusukan pula memerlukan lebih iodin.

 

Kekurangan iodin
Kekurangan iodin menyebabkan:
1)      Goiter iaitu apabila kelenjar tiroid di leher membengkak
2)      Pertumbuhan tubuh terbantut (kretinisme)
3)      Daya pemikiran tidak sempurna  


7. Ferum
Ferum penting kerana 2/3 daripadanya digunakan untuk membentuk hemoglobin

Fungsi ferum
1)      Menjadi komponen hemoglobin yang memberi warna merah pada darah
2)      Membawa oksigen dalam tisu darah ke seluruh tisu tubuh
3)      Membantu pembentukan protein mioglobin dalam sel otot
4)      Membantu respirasi sel
5)      Membantu pengoksidaan karbohidrat, lemak, dan protein


Keperluan harian ferum
Keperluan ferum bergantung kepada jantina dan peringkat umur. Wanita dewasa memerlukan lebih banyak ferum kerana mereka kehilangan ferum semasa haid. Ibu yang melahirkan anak memerlukan lebih banyak ferum dibandingkan dengan wanita dewasa.

Kekurangan ferum
Kekurangan ferum menyebabkan:
1)      Pembentukan hemoglobin terganggu, mengakibatkan anemia
2)      Letih, pening, dan sesak nafas kerana oksigen tidak dapat dihantar ke seluruh tubuh

Berlebihan ferum
Keracunan boleh berlaku jika ferum dalam tubuh berlebihan. Biasanya hanya sedikit ferum diserap ke usus kecil  


8. Fluorin
Fluorin diserap ke dalam tisu tubuh. Fluorin disimpan dalam tulang, gigi, kelenjar tiroid dan di kulit

Fungsi fluorin
Fluorin menjadi bahan penting untuk memelihara enamel gigi dan tulang

Keperluan harian fluorin
Orang dewasa memerlukan 1 miligram – 2 miligram fluorin sehari dan air minuman yang mengandungi fluorin adalah mencukupi untuk keperluan tubuh.

Kekurangan fluorin
Kerosakan gigi akan berlaku apabila terjadinya kekurangan fluorin dalam tubuh seseorang

No comments:

Post a Comment