Pages

Sunday, January 30, 2011

NUTRIEN - Protein

Protein mengandungi molekul yang kompleks terdiri daripada elemen berikut:
  • Oksigen (O)
  • Karbon (C)
  • Hidrogen (H)
  • Nitrogen (N)
Nitrogen menjadi bahan asas dalam setiap pembinaan sel dalam tubuh.
Molekul dalam protein disusun dalam bentuk unit yang kecil dinamakan asid amino, bersambung antara satu sama lain. Setiap asid mempunyai jumlah molekul dan kombinasi yang berbeza. Terdapat 26 jenis asid amino yang dibahagikan kepada dua kategori.  

1. Asid amino penting tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Protein yang mengandungi asid amino penting dinamakan protein lengkap dan kebanyakan diperoleh daripada sumber haiwan. Protein lengkap dapat mengawal kesihatan dan menggalakkan pertumbuhan.
Asid amino penting ialah:
Lisina                             Fenilalanina
Leusina                          Metionina
Isoleusina                       Valina
Treonina                         Triptofan
Histidina dan sisteina adalah asid amino penting untuk pembesaran kanak-kanak.

2. Asid amino tidak penting dapat dihasilkan oleh tubuh. Protein yang mengandungi asid amino tidak penting dinamakan protein tidak lengkap yang rendah nilai biologinya. Sumber protein ini ialah daripada tumbuhan seperti bijirin dan kekacang kecuali kacang soya yang tinggi nilai biologinya.



Fungsi protein
1)      Menggalakkan pertumbuahn sel tubuh dan memmbentuk tisu
2)      Membaiki dan menggantikan sel yang rosak dan mati
3)      Menghasilkan bahan kimia dalam tubuh
4)      Membekalkan haba dan tenaga sekiranya terdapat kekurangan karbohidrat dan lemak

Keperluan harian protein
Keperluan protein dalam tubuh berbeza mengikut umur dan keadaan individu. Pada peringkat bayi dan kanak-kanak, protein diperlukan banyak untuk perkembangan fizikal dan mental. Pada peringkat remaja, protein sangat diperlukan untuk proses pertumbuhan fizikal . protein penting untuk ibu yang hamil bagi pertumbuhan fetusnya. Ibu yang menyusukan memerlukan protein untuk menghasilkan susu.

Kekurangan protein
Kekurangan protein menyebabkan:
1)      Pertumbuhan terganggu dan terbantut
2)      Pembentukan sel darah merah terganggu mengakibatkan anemia
3)      Luka, cedera, dan kudis mengambil masa yang lama untuk sembuh
4)      Tubuh kurang berupaya melawan penyakit
5)      Kurang keupayaan mental apabila kekurangannya serius pada peringkat bayi ( 1 bulan hingga 18 bulan) yang    sepatutnya ketika itu pertumbuhan sel otak mencapai peringkat 80 peratus
6)      Penyakit kwasyiorkor ( kekurangan protein yang serius berlaku pada kanak-kanak)

Berlebihan protein
Protein berlebihan akan ditukar kepada lemak dan urea. Kumpulan nitrogen akan dikeluarkan sebagai urea melalui proses perkumuhan. Karbon akan ditukar menjadi lemak adipos.



No comments:

Post a Comment