Pages

Sunday, January 30, 2011

NUTRIEN - Lemak


Lemak terdiri daripada elemen karbon, hydrogen dan oksigen. Elemen ini sama seperti dalam karbohidrat tetapi dalam kadar yang berlainan.
Lemak terdiri daripada satu unit gliserol dan tiga unit asid lemak. Terdapat 40 jenis asid lemak. Asid melak dibahagikan kepada dua kategori :

a) Asid lemak tepu
Asid lemak tepu adalah pepejal pada suhu bilik. Kebanyakan didapati daripada sumber haiwan.
Contoh
Sumber
Asid butarik
Susu, mentega
Asid palmitik
Lemak haiwan
Asid laurik
Minyak kelapa dan hasil tenusu

b) Asid lemak tidak tepu
Asid lemak tidak tepu adalah cecair pada suhu bilik. Kebanyakan didapati daripada sumber tumbuh-tumbuhan.
Contoh
Sumber
Asid oleik
Minyak zaitun
Asid linoleik
Minyak sayur-sayuran
Asid linolenik
Minyak sayur-sayuran

Kolesterol
Komponen lemak yang utama ialah gliserol dan asid lemak. Terdapat juga komponen lemak lain seperti fosfolipid dan sterol. Kolesterol pula ialah sejenis sterol yang terdapat dalam makanan sumber haiwan dan dihasilkan juga oleh tubuh


Fungsi lemak
1)      Memberi haba dan tenaga
2)      Melindungi organ tubuh yang penting
3)      Mengawal suhu tubuh
4)      Pelarut vitamin
5)      Melambatkan rasa lapar


Kekurangan lemak
Kekurangan lemak menyebabakan:
1)      Kulit menjadi kering
2)      Pertumbuhan terganggu mengakibatkan berat tubuh berkurangan
3)      Mudah merasa sejuk kerana lemak yang berfungsi sebagai penebat berkurangan
4)      Cepat berasa lapar

Berlebihan lemak
1)      Lemak yang berlebihan disimpan sebagai tisu adipos yang menyebabkan berat tubuh bertambah
2)      Pengambilan lemak tepu yang abnyak boleh menyebabkan penyakit jantung

Keperluan harian lemak
Keperluan lemak bergantung kepada aktiviti individu. Lemak membekalkan hanya 20 peratus hingga 30 peratus daripada jumlah tenaga yang diperlukan. Individu yang mempunyai masalah berat tubuh dan penyakit jantung hendaklah mengurangkan pengambilan lemak.

No comments:

Post a Comment