Pages

Sunday, January 30, 2011

NUTRIEN - Karbohidrat

Karbohidrat mengandungi molekul yang terdiri daripada elemen:
  • Oksigen (O)
  • Karbon (C)
  • Hidrogen (H)
Tumbuhan hijau menghasilkan karbohidrat melalui proses fotosintesis. Tumbuhan hijau mengandungi klorofil.
Disimpan dalam:
Daun
Buah
Biji
Batang
Akar
Karbohidrat  mengandungi unit binaan ringkas yang disambung dengan pelbagai bentuk menjadi gula kompleks. Semasa pencernaan, gula kompleks dihuraikan menjadi gula ringkas sebelum diserap.

Kumpulan karbohidrat
a)      monosakarida (gula ringkas)
b)      disakarida (dua gula ringkas)
c)      polisakarida (gula kompleks)

Fungsi karbohidrat
1)      Membekalkan haba dan tenaga
2)      Mengawal penggunaan lemak dan protein
3)      Menjimatkan penggunaan protein
Keperluan harian karbohidrat
Tenaga dan haba diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat. Sebanyak 50 peratus hingga 60 peratus kalori karbohidrat diperlukan daripada jumlah kalori seharian. Keperluan ini akan bertambah mengikut aktiviti individu.

Kekurangan karbohidrat
Kekurangan karbohidrat menyebabkan:
1)      Kelaparan, keletihan, dan kesejukan
2)      Tubuh menggunakan dahulu simpanan lemak dan dalam keadaan kekurangan karbohidrat yang serius, protein dalam gentian otot akan digunakan untuk membekalkan haba dan tenaga
3)      Berat tubuh individu berkurangan, pertumbuhan tubuh terganggu dan kulit menjadi kering, kecut serta kasar
4)      Mudah dijangkiti penyakit kekurangan nutrient

Berlebihan karbohidrat
Karbohidrat berlebihan akan disimpan di dalam hati dalam bentuk glikogen. Glikogen akan ditukar menjadi lemak dan disimpan di bawah kulit menjadi tisu adipos. Berat tubuh akan bertambah dan obes boleh terjadi sekiranya lemak ini tidak digunakan.





Bottom of Form

No comments:

Post a Comment